1/01/2001

Dugaan puasa Syawwal tahun ini

Hari ini masuk hari ke 9 saya berpuasa dalam Syawwal tahun ini. Masih ada 2 hari lagi berbaki sebelum saya memulakan 6 hari pelengkap pahala puasa setahun.

Tahun-tahun yang lepas,sewaktu melalui hari-hari berpuasa dalam Syawwal saya bekerja di pejabat. Keluar pagi,balik lewat petang. Kadang masak selebihnya beli lauk sahaja untuk berbuka. Saya OK je.

Tapi tahun ini saya berpuasa Syawwal sedangkan saya berada di rumah. Memangku jawatan Pengurus rumah atau dalam Bahasa Inggerisnya saya
suka memanggil jawatan saya sekarang dengan nama Domestic Engineer. Gah sikit bunyinya. Hehehe...

Bila dah memegang jawatan Pengurus rumah,maka kitalah yang kena ke pasar lalu kitalah yang memasak.
Ya! Memasak untuk penghuni rumah yang tak puasa.
Dari yang kecil hinggalah yang tua.
Agaknya sebab tu saya rasa kuat sikit godaannya hari ini. Oranglain dah tamat puasa 6. Tinggal saya seorang meneruskan 'perjuangan'.

Haritu OK lagi sebab pakat-pakat ramai-ramai puasa. Sekarang saya seorang...

Takpe... Saya belum nak berputus asa. Letih memang meletihkan. Badan pun terasa sedikit lemah. Tapi saya mohon pada Ilahi agar memberikan saya kekuatan dan agar Dia mempermudahkan bagi saya untuk melengkapkan semuanya.

Jom doa dengan saya ya?



Kia Rio yang saya gunakan dulu untuk ke pejabat. Sekarang Muaz pula yang menggunakannya.

-Posted using BlogPress from my iPad
 

Template by BloggerCandy.com