Hari ini 30 November 2011,genaplah usia anakanda saya Muaz 20 tahun.
Muaz sekarang di Tahun Satu pengajiannya dalam Kuliah Muamalat di USIM.Dah banyak minggu Muaz tak pulang kerana sibuk dengan pengajiannya.Adik-adik di rumah pun dah mula rindu.Umminya juga.Tak mengapalah.Ini pengorbanan yang terpaksa diberikan demi sebuah kejayaan.Kami semua redho asalkan Muaz bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Haaah(menarik nafas panjang)...cepat sungguh masa berlalu.
Saya menghamilkan Muaz ketika masuk tahun pertama saya di universiti Ummul Qura.Awal kehamilan yang agak meletihkan kerana saya sering muntah dan tak lalu makan.Asal makan sahaja mesti nak muntah.Malah saya tak boleh bau rumah saya pada awalnya.Dan saya masih ingat bila masuk ke dapur seperti Zoro.Mengikat kain di hidung sambil berlari keluar setiap beberapa minit sebab nak muntah.Di hujung bulan yang ke tiga saya hilang 9 kg!
![]() |
| Sewaktu di Mekah.Muaz setahun 10 bulan pada waktu ini. |
Saya masih ingat sewaktu awal kehamilan itu saya sangat teringin nak makan asam.Tapi berada di kota Mekah pada waktu itu,mana nak beli.Asam orang Arab tak teringin pulak.Lalu saya memesan kepada Mama saya untuk mengirim kepada saya.Dengan susah payah Mama membeli dan poskan kepada saya.Rasanya ianya mengambil 3 minggu untuk sampai.Setelah sampai usahkan makan,nak bau asam-asam tu pun saya tak boleh.Rasa bersalah sangat kerana menyusahkan Mama tapi apa nak buat.saya membahagi-bahagi asam-asam itu kepada kawan-kawan.Huhuhu.setelah lama pulang ke Malaysia baru saya menceritakan cerita sebenar tentang asam-asam itu kepada Mama.Takut dia kecil hati.
Saya sakit agak lama sebelum melahirkan Muaz.Hampir 24 jam.Mungkin kerana anak sulung.Sakit setiap 5 minit sekali yang bermula perlahan dan semakin kuat sehinggalah saya melahirkannya.
Berada di kota Mekah,tak ada orang tua yang menemani saya.Mujur ada seorang kawan dari Singapura,Kak Shidah menemani saya.Dua kali saya ke hospital.Kali pertama doktor yang memeriksa mengatakan saya jenis 'active labour' sebab tu sakit kerap.entah la.saya bukan tau sangat.tapi bila disuruh masuk wad saya menolak dan meminta untuk pulang dulu.Tak sanggup dengar jerit-pekik mak-mak Arab di wad pulak nanti.Saya terpengaruh dengan cerita kawan-kawan yang pernah bersalin di sana.
Jadi kami pulang sehingga dah tak tahan sakit sangat baru la saya dibawa suami sekali lagi ke hospital.Suami tak boleh naik ke bilik bersalin jadi Kak shidah la yang temankan saya ke atas.
Dah la tengah sakit,jururawat cucuk 3 tempat sebab tak jumpa urat.Adoih...
Yang lucunya saya terasa seperti nak terkucil di atas katil.Takut nak bagitau doktor tapi dah sakit sangat saya 'sound' jugak.Rupanya waterbag dah pecah!Kelam kabut saya diusung ke bilik bersalin.Eh silap.Bukan diususng.Mereka menyuruh saya naik wheelchair dan menolak saya dengan lajunya ke bilik bersalin.Saya ingat saya duduk pun di bahagian hujung kerusi itu sahaja.Sakit sangat-sangat dah masa tu.
Pengalaman melahirkan di Hospital Bersalin Mekah itu bukanlah satu pengalaman yang indah.Banyak peritnya.Sebab tu bila saya hendak melahirkan Usamah saya meminta suami agar dibawa ke hospital lain.Tak sanggup den.
Bila pulang ke rumah,saudara sebelah suami saya datang 'tunggu' dan menjaga saya sehingga 3 hari.Hari keempat baru Mama datang sehinggalah hari yang ke 20.Pada hari ke 20 Muaz dah dibawa ke airport Jeddah untuk menghantar Tok Ummi.Jauh Muaz berjalan walaupun masih dalam pantang.Huhuhu.
Saya bercuti dari belajar selama 2 minggu sahaja.Tapi saya diberi cuti tambahan seminggu lagi memandangkan saya sukar untuk duduk lama kerana sakit bersalin masih terasa.
Pergi ke kelas pun saya masih berbengkung.Nak buat macamana,saya tak boleh lah nak berpantang seperti orang lain.Terbaring aje dan tak boleh banyak bergerak.Cuti cuma 3 minggu.Lepas tu saya terpaksalah menapak ke kelas seperti biasa.Naik turun tangga sama macam orang lain.Itulah cabarannya bersalin dalam tempoh pengajian.Tapi Alhamdulillah saya masih dapat melaluinya dengan baik.

| Bersama Usamah di perpustakaan Abah dan Ummi di Mekah. |
Muaz dari kecil agak 'beleh' kalau ikut istilah orang Kelantan.Mukanya kecil sejemput.Kepalanya bulat.Saya menyusui Muaz sepenuhnya dengan susu badan walaupun kadang-kadang terpaksa meninggalkannya di rumah bersama Abahnya bila saya ada kuliah.Dia memang tak mahu susu formula mahupun susu badan yang diperah dan disuap dengan botol.Tapi Muaz dapat adik pada usia agak awal.Setahun 5 bulan Usamah pula hadhir dalam hidup kami.Buat teman Muaz bermain.
Tapi saya cukupkan Muaz menyusu sehingga cukup setahun walaupun Usamah sudah pun 3 bulan dalam kandungan.Tawakkal sahaja.Tak tergamak nak berhentikan dia dari menyusu badan.Tak nak buat camana...Tak sampai hajat nak menyusukannya 2 tahun penuh.

| Masa kecil-kecil dulu baju Muaz selalu bewarna hijau dan Usamah pula warna biru. |
Dulu selalunya sahaja orang panggil Muaz sebagai Muis atau Muan sebab tertukar dengan nama Abahnya.Hahaha..Macam-macam.
Muaz orangnya cool dan rileks.Saya menggelarkannya Mr.Cool dulu.Kalau dia nampak saya dah sampai ke perkarangan sekolah sekalipun dia tetap jalan dengan santai aje.tak berkalut langsung.Haih!
Sewaktu kecil dulu Muaz tak banyak bercakap.Kalau nak dengar apa-apa yang terjadi kepadanya kami mendengar dari Usamah.Tapi semakin umur meningkat khususnya ketika di Tingkatan 5,Muaz semakin banyak bercerita.Macam-macam dia cerita sampai kadang saya tak larat nak layan pulak.Hahaha.
Teringat satu hari sewaktu duduk makan pagi di meja.Muaz datang untuk sarapan.Dia ada satu habit,suka jamah makanan atau mengambil lauk sambil berdiri sebelum duduk.Waktu itu kami bersarapan pagi dengan roti sapu mentega,jem dan lain-lain.Muaz macam biasa sambil berdiri mengambil roti dan sapu mentega.Saya pun berkata kepadanya.
"Muaz ni bilalah nak duduk sambil sapu?"Maksud saya duduk dulu barulah sapu roti dengan mentega itu.
Muaz pun tarik kerusi,duduk dan mencapai penyapu yang berada berhampiran dan mula menyapu.Dia kata;
"Dah duduk sapu..."
Kami semua yang di meja makan ketawa melihat gelagatnya.Mungkin pembaca sekelian tidak mendapati kisah ini lucu.Tapi kami akan selalu ingat kisah ini sebagai antara kenangan terindah kami sekeluarga.

Kami banyak berpindah randah jadi Muaz (seperti saya sewaktu kecil dulu) banyak sekolah.Namun sekolah terakhirnya adalah di SMI Al-Amin Gombak.Selepas SPM Muaz sempat masuk sebentar ke KUIS.Namun cuma 3 minggu sahaja.Kami pindahkannya ke USIM apabila permohonan rayuannya diterima.Memang itupun permintaanya
![]() |
| Sewaktu mengahntar Muaz ke KUIS. |
![]() |
| Sewaktu menemani saya ke rumah Ibu Lin atas jemputannya untuk berjumpa dengan Maher Zain. |
Sempena ulangtahun Muaz yang ke 20 ini.Ummi ingin ucapkan kepada Muaz:
Selamat menyambut ulangtahunmu.Harap-harapnya banyak lagi ulangtahun yang akan Muaz lalui di masa hadapan.
Semoaga meningkatnya usia seiringan peningkatan ilmu dan amal.Usia kita tak tahu bila penghujungnya.Persiapan kena sentiasa kita lakukan agar kita tak kerugian.
Semoaga meningkatnya usia seiringan peningkatan ilmu dan amal.Usia kita tak tahu bila penghujungnya.Persiapan kena sentiasa kita lakukan agar kita tak kerugian.
Ketahuilah Ummi sangat sangat menyanyangi Muaz.Dan Ummi harap Muaz akan dapat menjaga adik-adik serta membimbing mereka apabila Ummi dan Abah tak ada nanti.
Hidup pada memberi.Dakwah dan tarbiyah tak dapat kita pisahkan.
Ummi ingin sekali melihat Muaz menjadi pembela agama satu masa nanti.Melibatkan diri dalam aktiviti yang akan membawa kebaikan pada masyarakat.pada ummah.Agar hidup lebih bermanfaat.
Ummi ingin sekali melihat Muaz menjadi pembela agama satu masa nanti.Melibatkan diri dalam aktiviti yang akan membawa kebaikan pada masyarakat.pada ummah.Agar hidup lebih bermanfaat.

1 comments:
selamat hari lahir muaz...semoga panjang umor...murahkn rezeki
Post a Comment