12/18/2011

Susah hati tiada jodoh?

Saya pernah berhadapan dengan ramai gadis yang rasa rendah diri kerana belum menjumpai calon suami. Mengapa perlu begitu? Adakah tidak mempunyai calon bermakna anda ada kekurangan? Saya tak nampak begitu. Cuma jodoh belum sampai. Tu aje.

Tak perlu susah hati dan cari sana sini. 
Tak perlu asyik dok pikir yang hanya dengan berkahwin baru anda akan bahagia. Itu hanya tipu helah syaitan untuk melekakan anda. 

Fokus pada mengislahkan diri demi redhoNya. Ingat tu... 
DEMI REDHONYA!
Bila anda sudah jadi solehah atau dalam usaha menjadi seorang yang solehah DEMI REDHONYA, Allah PASTI akan bagi yang soleh buat anda. 

Bila? Hanya DIA tau waktu yang sebaiknya. Bersabarlah... Dan pasrahlah padaNya.

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com