1/27/2012

Jemputan menonton Hafalan Shalat Delisa"

Baru-baru ini saya terjumpa Trailer filem Hafalan Shalat Delisa lalu meletakkannya di wall FB saya.Saya tertarik dengan sinopsis ceritanya yang mempunyai unsur pendidikan jiwa secara tak langsung berbanding filem-filem Malaysia yang miskin moral.
Selang tak lama selepas itu saya mendapat jemputan menonotonnya dari junior saya Norlaili Osman,
Dia yang begitu teruja dengan filem ini telah subscribe buat kali kedua.Dia insist saya menontonnya di rumahnya (memandangkan tiada ASTRO di rumah kami) kerana saya yang mula memperkenalkan cerita ini padanya melalui wall FB saya.
Pada waktu saya menerima panggilan dari Laili,saya sedang berbaring keletihan.Baru pulang dari KL setelah semalamnya kami sekeluarga menziarahi Taman Burung dan kemudiannya berpiknik untuk makan tengahari di Tasik Perdana.
Saya tak sampai hati menolak ajakan Laili.Dia kelihatannya begitu bersungguh-sunnguh.Katanya ini kali kedua dia subscribe.Dan dia juga telah memberi saya 'waktu siaran' untuk saya pilih masa yang sesuai,
Saya pun memberikan persetujuan. namun dalam hati saya bermonolog.
"Apa hal yang nak pergi tengok tv kat rumah orang ni?Ya Allah,semoga ada kebaikan dan perbuatan saya ini tak sia-sia"
Saya lantas bangun untuk ke kedai.Malu pula nak pergi dengan tangan kosong.Jadi saya cadang nak buat Kek Batik.Mudah dan sedap.
Cukup time saya dan anak dara dua orang pun bertolak ke rumah Laili.Sampai just in time sebelum cerita start.

Makan Kek Batik sambil nonton.


Filem ini mengisahkan Delisa (Chantiq Schagerl) si gadis kecil biasa yang periang, tinggal di Lhok Nga, sebuah desa kecil di pantai Aceh dan punya hidup yang indah. Sebagai anak bongsu dari keluarga Abi Usman (Reza Rahadian), ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat dekat dengan ibunya yang dia panggil Ummi (Nirina Zubir), serta ketiga kakaknya yaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).



26 Disember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian praktikal solat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghantam, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara 




Sebuah kisah tentang ketabahan Delisa, dan sebuah tragedi yang tidak akan pernah dilupakan kita. Delisa yang tabah dan ikhlas menerima takdir yang menimpa dirinya dan menjadi inspirasi buat mereka yang berada di kelilingnya.
Filem ini sudah ditayangkan di Indonesia, sejak 22 Disember 2011.

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com